Penggunaan masker adalah salah satu cara untuk mencantikkan kulit dengan menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Khasiat masker pula ialah menegangkan dan melicinkan kulit. Kulit yang masih remaja sesuai menggunakan masker daripada sayuran contohnya mentimun, tomato, sengkuang, kentang dan lobak merah. Berikut adalah bahan-bahan semulajadi untuk membuat masker yang dikatakan dapat membantu proses mencerahkan kulit secara semulajadi. Ia dapat memelihara, menghalus dan menyihatkan kulit.

MASKER SENGKUANG

Sengkuang amat digemari oleh mereka yang sering mengamalkan petua kecantikan semulajadi. Sengkuang dipercayai dapat mencerahkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam serta pigmentasi kulit. Paling elok sekiranya dikisar kemudian disapukan di muka yang telah dibersihkan. Masker sengkuang ini dikatakan mampu menghasilkan kulit yang cerah dan berseri seperti yang anda idam-idamkan.

MASKER KENTANG

Tidak ramai yang menggemari kentang kerana agak leceh untuk dikupas. Namun tidak dinafikan kentang mengandungi banyak khasiat dalam bidang kecantikan. Jangan tidak tahu, kentang turut dipercayai dapat melembutkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi. Kentang juga mengandungi banyak khasiat dalam bidang kecantikan. Kentang dipercayai dapat melembutkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi.

MASKER  TIMUN

Tidak perlu bersusah payah dengan pelbagai jenama kosmetik. Cuba gunakan cara ini. Parut hujung mentimun dan campurkan dengan tepung jagung. Kacau dan sapukan pada keseluruhan wajah dan biarkan ia kering. Lakukan selama tiga kali seminggu. Hasilnya, wajah anda pasti lebih berseri dan cerah sentiasa.

MASKER LIMAU NIPIS

Selain digunakan dalam bidang masakan, limau nipis juga terkenal dalam bidang kecantikan. Dalam bidang kecantikan, airnya amat berguna untuk cantik dan sihat. Air perahan limau nipis dipercayai dapat mengecilkan pori-pori dan menghilangkan lebihan lemak pada kulit berminyak.  Caranya, ambil isi limau nipis dan dicampur dengan tepung jagung kemudian sapu pada kulit wajah terutama sekitar hidung dan pipi yang besar pori-porinya. Gosok perlahan-lahan isinya pada wajah dan badan.

MASKER APRIKOT

Aprikot banyak manafaatnya dalam bidang kecantikan. Aprikot sememangnya kaya dengan vitamin, mineral dan minyak semulajadi. Aprikot mengandungi vitamin A, C, E, zat besi, potassium, niasin serta protein yang jarang didapati dalam buah-buahan yang lain. Untuk melembapkan kulit, ambil isinya dan campur dengan tepung dan gosok dengan lembut ke wajah. Biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air suam. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur.

MASKER TOMATO

Membantu menghalus dan melicinkan kulit. Lakukan luluran atau skrub secara teratur iaitu sekali dalam seminggu atau dua minggu. Sel kulit mati akan hilang dengan mudah. Ia mempercepatkan penggantian lapisan sel kulit yang lebih muda. Kulit akan lebih segar dan bercahaya. Sapu pelindung matahari jika keluar di siang hari. Penggunaan tomato dapat menjadikan pipi anjal, licin dan  kemerah-merahan bak sutera.