Isnin, 14 September 2015

Pulut Kuning Simple

Masa zaman kanak-kanak biasanya pulut kuning ni dapat kitaorg makan bila ada ahli keluarga yang khatam quraan atau masa kenduri kawin, tapi sekarang rasanya dah kurang diamalkan, pulut kuning ni boleh jugak dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi/petang, bawak pegi kelas hari ahad,bagi jiran-jiran ke atau bawak kat ofis makan bersama kawan2..lagi ramai lagi meriah..bestnye :)

kat bawah ni resepi yang paling simple nak share..



Bahan-Bahan:

2 cawan beras pulut 
1 cawan pekat santan + 1 cawan air panas/suam
1 helai daun pandan ( untuk bau yang wangi)
sedikit serbuk kunyit 
sedikit garam + gula

Cara-cara: 

1. Cuci beras sehingga bersih dan rendam bersama serbuk kunyit selama 1 jam ( biasanya jemari comel terus rendam dalam periuk nasi ( rice cooker ).

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi tadi ( santan + air suam + garam + gula + daun pandan )

3. Air,jemari comel agak2 je, jangan terlalu banyak macam masak nasi, nanti pulut tu jadik bubur pulok..

4. Setelah pulut mendidih, kacau/gaul rata-rata supaya tidak berkerak nanti.

5.Biarkan ia sehingga masak ( macam masak nasi je )

CadanganlLauk tambahan/ hiasan:

1. Serunding ayam/daging/sambal bilis/hirisan telur dadar ( apa2 je la yg korang rasa ok )
2. Daun pisang ( if ada - bagi pulut berbau harum / aroma klasik )


Khamis, 13 Ogos 2015

Sambal Tomato


Sambal Tomato



Bahan2:

Cili Besar - 10/15 ( terpulang nak banyak atau sikit ) - if tak nak pedas buang biji dan selaput di dalam cili tersebut.
bawang merah
bawang putih ( di ketuk )
bawang besar
tomato - 4/5 biji  
minyak masak

cara-cara:

1) Blend kasar cili besar,bawang besar dan tomato - campur sedikit air.
2) Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau.
3) Masukkan bahan yang di blend tadi.
4) Masukkan garam dan gula.


Ahad, 26 Julai 2015

From kitchen with love

Jom masak "Makaroni Goreng as adiba "




Resepi: 

1 bungkus/paket makaroni ( direbus sehingga sederhana kembang ) - untuk 5/6 orang makan.
daging cincang
1 bungkus bebola ikan
ayam ( di potong kecil2)/udang/sotong
1 atau 2 biji telur
lada bengala/red capsicum ( option )
3/4 ulas - bawang putih & bawang merah
kicap
sos tiram
cili giling/cili boh
sedikit garam,gula

hiasan:
Daun bawang/sup
lada merah


Cara-cara memasak:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

2.Masukan cili giling/cili boh - masak dalam 2/3 minit

3.Masukkan daging cincang,ayam,bebola ikan,sotong dan kacau sehingga masak,masukkan sedikit air supaya ayam dan bebola ikan tadi betul2 masak.

4. Masukkan udang kemudian untuk mengelakkan udang menjadi kecil kerana terlalu lama dimasak.

5.Masukkan telur

6. Masukkan kicap,sos tiram, garam & gula, sedikit air.

7. Selepas confident bahan2 tadi masak, masukkan makaroni yang telah direbus tadi, gaul sehingga rata.


Tips: Extra seafood boleh membuat makaroni lebih sedap  :)

Rabu, 22 Julai 2015

Pantai Parangtritis,Jogjakarta

Pantai Parangtritis terletak 27 km selatan Kota Jogja. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Jogja.Pantai Parangtritis ini dilarang untuk berenang/mandi-manda, anginnya kat situ sangat kuat, and mengikut lagenda diorang pantai itu dijaga oleh Ratu Kidul, if nak tahu details pasal ratu ni, korang boleh google, Ratu Kidul ni merupakan lagenda yang popular bagi masyarakat di Kepulauan Jawa dan Bali.


Permandangan waktu petang - 
Pantai Parangtritis


















Tebing Gembirawati  


Di hujung gambar tu ada terdapat kawasan tinggi yang dipanggil Tebing Gembirawati, biasanya area situ diorang akan melihat seluruh permandangan pantai ini, and belakang tebing tu terdapat candi yang dipanggil Candi Gembirawati, biasalah dekat indon ni penuh dengan candi.

and selepas bersiar2 di pantai ni, kitaorang ke pasar dekat2 situ untuk membeli fresh seafood untuk dimasak dinner nanti..


Makan malam di tepi pantai sambil mendengar bunyi ombak memukul pantai...


Masakan yang dimasak secara tradisional ( pakai dapur kayu),tempat makan yang simple,serba kekurangan mengajar anak2 dan kami supaya lebih bersyukur dengan yang kita ada di Malaysia.

Malam tu kitaorang makan dengan selera sebab lapar and tunggu lama sangat "chief" hidang makanan..hehe..kesiannnn...

Tapi yang paling best sambil makan dihiburkan dengan bunyi ombak ganas memukul pantai dan dapat melihat bintang2 bertaburan di langit yang luas,masa tu hati tersentuh betapa besarnya ciptaaan Allah swt..

and selepas makan kitaorang ke kota Gede, apa lagi shopping barang2 kulit...tak sempat nak snap gambar kat situ sebab dah penat and kejar masa cepat2 shopping sebab kedai dah nak tutup..dah malam..Namun sempat jugak sambar satu beg kulit and ole2 buat keluarga & member2..






Candi Burobudur,Jogjakarta

" Jika Mesir berbangga dengan piramid and Sphinx,China dengan Tembok Besar, Kemboja dengan Angkor Wat, Maka, warga Indonesia berbangga dengan Borobudur "







Jumaat, 3 Julai 2015

Menarik@Merapi,Jogjakarta

Plan holiday to Jogja memang berbaloi..relax and sesuai bawa anak2 bercuti..org2 Jogja sangat baik,saya suka Jogja :)

Gambar-gambar di Pergunungan Merapi,Jogja. It's so adventures..seronok sangat2..cuaca baik hari tu , kurang debu sebab malam sebelum tu hujan, so udara sangat2 fresh..so relax tak ada semput fikir pasal kerja.


wafiq suka naik jeep ni..menjerit-jerit macam nak release tension jer kat dalam tu...haha

Sewa jeep plus driver utk mendaki ke puncak gunung merapi tu dalam RP 350 ribu ( kalau dalam RM maybe around RM150 ringgit kot) and driver/malim gunung tu sangat lah peramah.





Kesan dari debu letupan Gunung Merapi



This is bangker - tempat berlindung dari debu/asap gunung berapi, tapi still tak dapat di selamatkan disebabkan debunya pun dah cecah suhu dalam lingkungan 800 darjah celsius..tak dapat nak bayangkan..tak berani nak masuk dalam, sebab dalam tu sebenarnya ramai yang mati disebabkan debu/lava panas - mengikut driver tu gunung merapi tu meletup pada tahun 2010 ( 5 tahun yang lalu ).Ramai yang mati di sebabkan kejadian tu berlaku pada waktu malam dan penduduk di sekitar tak sempat lari untuk selamatkan diri mereka.Tak dapat nak bayangkan, syukur kt Malaysia tak ada macam ni..




Ini permandangan dari jauh Gunung Merapi tu..permandangan sungguh cantik , hijau and udara segar plus sejuk, macam kat Cameron Highlands





 Permandangan dari jauh




Lava sejuk - bertukar jadi batu ( Kids tengah discuss..hehe )








mama , wafiq & our lovely family member ..



















Gambar2 sepanjang perjalanan balik dari Merapi..and yang menarik kitaorang singgah makan tengahari di restaurant tepi sawah..makan kangkung goreng belacan, tempe,sambal gesek and ayam kampung goreng plus jus alpukat...sedap sangat2 :)

Tak sempat nak snap gambar, sebab lapar sangat..semua letak hp kat tepi and makan tak tengok kiri kanan dah..hehe








Wafiq sedang menunggu makanan,kepenatan and lapar..









Ahad, 10 Mei 2015

Jalan2 @ Putrajaya

Cuti 4 hari tak tahu nak buat apa..hotel semua dah fully booked..last minute biasalah..kalau ada pun harga mahal...so fikir2 dan google sana-sini, we plan ke Putrajaya naik cruise..

dekat je dari Subang Jaya ke Putrajaya..about 20/30 minutes kot..tak payah travel jauh2..relax je bawak kete..sebb semua warga selangor ni ramai yang dah balik kampung atau bercuti kat luar...

Cuaca baik ari tu..kitaorg turun pun dah petang masa tu..sebelum asar..sempat relax2 and tido2 ayam kat rumah ( lepas makan tengahari :P )..sampai sana parking kat Masjid Putrajaya..ramai orang kt sana..pelancong pun ada..and macam biasa..berselfie & berposing dengan anakanda buat kenangan datang kt Putrajaya..







Lepas semayang asar dekat Masjid Putrajaya, kitaorg beli tiket nak naik cruise..harga ok la..tak la mahal and rasa2nya berbaloi kot..if senior citizen and gomen staff, diorg dapat diskaun..





Sementara tunggu nak naik cruise tu, bolehlah shopping kejap kat depan pintu masuk cruise tu..macam-macam ada..





Anakanda mmg excited nak naik..duduk depan cruise tu dah..tak nak dok kt dalam..tengok permandangan putrajaya..ok la..nice view and relax..naik cruise tu dalam 45 min..lebih kurang..





Actually banyak aktiviti kat situ, tapi di sebabkan dah lewat kitaorg naik cruise je ari tu..rasanya itu pun dah ok..balik terasa penat jugak la..tido lena.
Maybe next trip, nak try naik basikal pulak....dah lama tak naik basikal..

Aktiviti2 yang menarik kt situ;

* naik cruise
* berbasikal
* drive kete solar yang cinonet
* berfoto bersama burung kakak tua ( just RM 10 je )
* makan kt food court ( makanan mahal sikit & kurang sedap sgt, tapi kalau dah lapar semuanya nampak sedap :)
* sembahyang berjemaah di masjid 

Kesimpulannya : Syukur kepada Allah swt kerana dianugerah nikmat keamanan dan kesejahteraan kepada kita semua & semoga kita dapat menjaga nikmat ini sebaik2nya..green and peace :)


Khamis, 7 Mei 2015

Menarik @ Empire Subang

Apa yang menarik ye kt empire ..Jalan2 hujung minggu, plan asal nak ke kedai buku popular kt empire tu ...tapi sambil2 tu jalan-jalan cari makan.. ada satu restoren kt dalam tu, Restoren Serai..nama yang unik ..ermmm..ramai rekomen makan kat sini..so kitaorg pun teringin nak try especially their desert..fuhh! love @ first side..taste so good....tapi harganya pun so good jugak lah..Tapi kalau dah teringin nak makan jangan disekat2..silakan masuk  :)

yang ada strawbery ni pavlova, famous desert kat serai ni..memang sedap! Kebetulan hari tu birthday Mr Hubby, so kira yg ni kek birthday la kot..hehe sorry ye hubby kek you kecik je... :)






and; ada lagi yang menarik..nasi serai platter...rasa2nya yg ni main dishes kot..kitaorg try yang ni..



and kitaorg rekomen capucinno drink..so nice and creative..mungkin sebab masa tu petang and hujan...so kitaorg pilih hot drink...


Capucinno menjadi pilihan Mr hubby ...



Actually ada lagi menu yang menarik, terpulang pada selera..dia punya menu ada western and asian..next time maybe boleh try nasi kerabu pulak...




Selain makan2 kt empire pun ada aktiviti untuk kanak2, kat tingkat atas ada learning centre ...ada drawing class, baking cake or cookies, language centre and macam2 lagi boleh try if berminat..
















Next plan nak try makanan kat restaurant pizza sebelah pulak :)





and apa yang penting kids enjoy petang tu..