Ahad, 10 Mei 2015

Jalan2 @ Putrajaya

Cuti 4 hari tak tahu nak buat apa..hotel semua dah fully booked..last minute biasalah..kalau ada pun harga mahal...so fikir2 dan google sana-sini, we plan ke Putrajaya naik cruise..

dekat je dari Subang Jaya ke Putrajaya..about 20/30 minutes kot..tak payah travel jauh2..relax je bawak kete..sebb semua warga selangor ni ramai yang dah balik kampung atau bercuti kat luar...

Cuaca baik ari tu..kitaorg turun pun dah petang masa tu..sebelum asar..sempat relax2 and tido2 ayam kat rumah ( lepas makan tengahari :P )..sampai sana parking kat Masjid Putrajaya..ramai orang kt sana..pelancong pun ada..and macam biasa..berselfie & berposing dengan anakanda buat kenangan datang kt Putrajaya..







Lepas semayang asar dekat Masjid Putrajaya, kitaorg beli tiket nak naik cruise..harga ok la..tak la mahal and rasa2nya berbaloi kot..if senior citizen and gomen staff, diorg dapat diskaun..





Sementara tunggu nak naik cruise tu, bolehlah shopping kejap kat depan pintu masuk cruise tu..macam-macam ada..





Anakanda mmg excited nak naik..duduk depan cruise tu dah..tak nak dok kt dalam..tengok permandangan putrajaya..ok la..nice view and relax..naik cruise tu dalam 45 min..lebih kurang..





Actually banyak aktiviti kat situ, tapi di sebabkan dah lewat kitaorg naik cruise je ari tu..rasanya itu pun dah ok..balik terasa penat jugak la..tido lena.
Maybe next trip, nak try naik basikal pulak....dah lama tak naik basikal..

Aktiviti2 yang menarik kt situ;

* naik cruise
* berbasikal
* drive kete solar yang cinonet
* berfoto bersama burung kakak tua ( just RM 10 je )
* makan kt food court ( makanan mahal sikit & kurang sedap sgt, tapi kalau dah lapar semuanya nampak sedap :)
* sembahyang berjemaah di masjid 

Kesimpulannya : Syukur kepada Allah swt kerana dianugerah nikmat keamanan dan kesejahteraan kepada kita semua & semoga kita dapat menjaga nikmat ini sebaik2nya..green and peace :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan