Ahad, 26 Julai 2015

From kitchen with love

Jom masak "Makaroni Goreng as adiba "




Resepi: 

1 bungkus/paket makaroni ( direbus sehingga sederhana kembang ) - untuk 5/6 orang makan.
daging cincang
1 bungkus bebola ikan
ayam ( di potong kecil2)/udang/sotong
1 atau 2 biji telur
lada bengala/red capsicum ( option )
3/4 ulas - bawang putih & bawang merah
kicap
sos tiram
cili giling/cili boh
sedikit garam,gula

hiasan:
Daun bawang/sup
lada merah


Cara-cara memasak:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

2.Masukan cili giling/cili boh - masak dalam 2/3 minit

3.Masukkan daging cincang,ayam,bebola ikan,sotong dan kacau sehingga masak,masukkan sedikit air supaya ayam dan bebola ikan tadi betul2 masak.

4. Masukkan udang kemudian untuk mengelakkan udang menjadi kecil kerana terlalu lama dimasak.

5.Masukkan telur

6. Masukkan kicap,sos tiram, garam & gula, sedikit air.

7. Selepas confident bahan2 tadi masak, masukkan makaroni yang telah direbus tadi, gaul sehingga rata.


Tips: Extra seafood boleh membuat makaroni lebih sedap  :)

Rabu, 22 Julai 2015

Pantai Parangtritis,Jogjakarta

Pantai Parangtritis terletak 27 km selatan Kota Jogja. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Jogja.Pantai Parangtritis ini dilarang untuk berenang/mandi-manda, anginnya kat situ sangat kuat, and mengikut lagenda diorang pantai itu dijaga oleh Ratu Kidul, if nak tahu details pasal ratu ni, korang boleh google, Ratu Kidul ni merupakan lagenda yang popular bagi masyarakat di Kepulauan Jawa dan Bali.


Permandangan waktu petang - 
Pantai Parangtritis


















Tebing Gembirawati  


Di hujung gambar tu ada terdapat kawasan tinggi yang dipanggil Tebing Gembirawati, biasanya area situ diorang akan melihat seluruh permandangan pantai ini, and belakang tebing tu terdapat candi yang dipanggil Candi Gembirawati, biasalah dekat indon ni penuh dengan candi.

and selepas bersiar2 di pantai ni, kitaorang ke pasar dekat2 situ untuk membeli fresh seafood untuk dimasak dinner nanti..


Makan malam di tepi pantai sambil mendengar bunyi ombak memukul pantai...


Masakan yang dimasak secara tradisional ( pakai dapur kayu),tempat makan yang simple,serba kekurangan mengajar anak2 dan kami supaya lebih bersyukur dengan yang kita ada di Malaysia.

Malam tu kitaorang makan dengan selera sebab lapar and tunggu lama sangat "chief" hidang makanan..hehe..kesiannnn...

Tapi yang paling best sambil makan dihiburkan dengan bunyi ombak ganas memukul pantai dan dapat melihat bintang2 bertaburan di langit yang luas,masa tu hati tersentuh betapa besarnya ciptaaan Allah swt..

and selepas makan kitaorang ke kota Gede, apa lagi shopping barang2 kulit...tak sempat nak snap gambar kat situ sebab dah penat and kejar masa cepat2 shopping sebab kedai dah nak tutup..dah malam..Namun sempat jugak sambar satu beg kulit and ole2 buat keluarga & member2..






Candi Burobudur,Jogjakarta

" Jika Mesir berbangga dengan piramid and Sphinx,China dengan Tembok Besar, Kemboja dengan Angkor Wat, Maka, warga Indonesia berbangga dengan Borobudur "







Jumaat, 3 Julai 2015

Menarik@Merapi,Jogjakarta

Plan holiday to Jogja memang berbaloi..relax and sesuai bawa anak2 bercuti..org2 Jogja sangat baik,saya suka Jogja :)

Gambar-gambar di Pergunungan Merapi,Jogja. It's so adventures..seronok sangat2..cuaca baik hari tu , kurang debu sebab malam sebelum tu hujan, so udara sangat2 fresh..so relax tak ada semput fikir pasal kerja.


wafiq suka naik jeep ni..menjerit-jerit macam nak release tension jer kat dalam tu...haha

Sewa jeep plus driver utk mendaki ke puncak gunung merapi tu dalam RP 350 ribu ( kalau dalam RM maybe around RM150 ringgit kot) and driver/malim gunung tu sangat lah peramah.





Kesan dari debu letupan Gunung Merapi



This is bangker - tempat berlindung dari debu/asap gunung berapi, tapi still tak dapat di selamatkan disebabkan debunya pun dah cecah suhu dalam lingkungan 800 darjah celsius..tak dapat nak bayangkan..tak berani nak masuk dalam, sebab dalam tu sebenarnya ramai yang mati disebabkan debu/lava panas - mengikut driver tu gunung merapi tu meletup pada tahun 2010 ( 5 tahun yang lalu ).Ramai yang mati di sebabkan kejadian tu berlaku pada waktu malam dan penduduk di sekitar tak sempat lari untuk selamatkan diri mereka.Tak dapat nak bayangkan, syukur kt Malaysia tak ada macam ni..




Ini permandangan dari jauh Gunung Merapi tu..permandangan sungguh cantik , hijau and udara segar plus sejuk, macam kat Cameron Highlands





 Permandangan dari jauh




Lava sejuk - bertukar jadi batu ( Kids tengah discuss..hehe )








mama , wafiq & our lovely family member ..



















Gambar2 sepanjang perjalanan balik dari Merapi..and yang menarik kitaorang singgah makan tengahari di restaurant tepi sawah..makan kangkung goreng belacan, tempe,sambal gesek and ayam kampung goreng plus jus alpukat...sedap sangat2 :)

Tak sempat nak snap gambar, sebab lapar sangat..semua letak hp kat tepi and makan tak tengok kiri kanan dah..hehe








Wafiq sedang menunggu makanan,kepenatan and lapar..