Isnin, 14 September 2015

Pulut Kuning Simple

Masa zaman kanak-kanak biasanya pulut kuning ni dapat kitaorg makan bila ada ahli keluarga yang khatam quraan atau masa kenduri kawin, tapi sekarang rasanya dah kurang diamalkan, pulut kuning ni boleh jugak dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi/petang, bawak pegi kelas hari ahad,bagi jiran-jiran ke atau bawak kat ofis makan bersama kawan2..lagi ramai lagi meriah..bestnye :)

kat bawah ni resepi yang paling simple nak share..



Bahan-Bahan:

2 cawan beras pulut 
1 cawan pekat santan + 1 cawan air panas/suam
1 helai daun pandan ( untuk bau yang wangi)
sedikit serbuk kunyit 
sedikit garam + gula

Cara-cara: 

1. Cuci beras sehingga bersih dan rendam bersama serbuk kunyit selama 1 jam ( biasanya jemari comel terus rendam dalam periuk nasi ( rice cooker ).

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi tadi ( santan + air suam + garam + gula + daun pandan )

3. Air,jemari comel agak2 je, jangan terlalu banyak macam masak nasi, nanti pulut tu jadik bubur pulok..

4. Setelah pulut mendidih, kacau/gaul rata-rata supaya tidak berkerak nanti.

5.Biarkan ia sehingga masak ( macam masak nasi je )

CadanganlLauk tambahan/ hiasan:

1. Serunding ayam/daging/sambal bilis/hirisan telur dadar ( apa2 je la yg korang rasa ok )
2. Daun pisang ( if ada - bagi pulut berbau harum / aroma klasik )